Menu penuh Coconut Shake Luar Biasa CSLB
Khas untuk penggemar coconut shake, dan cendol durian, dapatkan Coconut Shake di Parit Bunga, Muar @ Ledang (sebelah kiri jalan, dari Muar menghala ke Tangkak)
Apa yang luar biasa?
Asal nama Coconut Shake Luar Biasa wujud ketika mencari-cari nama yang unik, ‘catchy’ (senang diingati) dan lari daripada kebiasaan penggunaan perkataan Inggeris (special).
Maka , bila terlintas sahaja perkataan LUAR BIASA, terus sahaja kami gunakan hinggalah sekarang. Ditambah pula dengan penggunaan aiskrim buatan sendiri perisa vanilla (homemade ice-cream vanilla flavour), menambahkan lagi keunikan coconut shake kami.
===============================================
Berikut adalah produk-produk yang boleh didapati di Coconut Shake Luar Biasa:
- Durian Crepe
- Durian Goreng [panas dan sejuk beku (frozen)]
- Popia Durian Goreng [panas dan sejuk beku (frozen)]
- Cendol durian Syoknya Ummi
- Homemade aiskrim
- Produk frozen; i. marinated chicken chop ii. marinated lamb chop ii. patty burger bakar daging lembu / kambing
- Frozen roti canai
- Kuih kapit asli / kuih kapit coklat / kuih kapit peanut butter (mentega kacang)
- Popia smpul (serunding udang kering)
In Shaa Allah, dijamin suci dan halal.
SELAIN DARI COCONUT MILK SHAKE, APA LAGI JUADAH YANG DISEDIAKAN MASA KINI?
Sajian utama kami adalah burger bakar dan burger-burger lain. Di samping itu, terdapat juga menu nasi lemak hijau chicken wing. Selepas raya, kami akan menambah menu cendol durian dan juga berkemungkinan besar menu asam pedas Melaka, lamb chop serta sate.
Untuk menu penuh, boleh lawati facebook kami, https://www.facebook.com/media/set/?set=a.826345167442435.1073741837.506076099469345&type=3