All posts by Admin

Durian Crepe Tanjung Minyak Melaka dan Telok Mas

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas kami telah berjaya menambah bilangan ejen outlet untuk durian crepe Tanjung Minyak di pasaraya Mega Tanjung Minyak dan juga durian crepe Telok Mas di Pasar Mini Mohd. Salleh di Telok Mas, Melaka.

Produk Durian Crepe Syoknya Ummi diletakkan di dalam peti sejuk beku (biasanya bersama-sama produk karipap frozen, kulit popia dll). Ini bagi memastikan ketahanan produk supaya kekal lama dan tidak rosak..

Buat masa ini, stok yang ada pada ejen kami adalah durian crepe original dan durian crepe cheese leleh. Kedua-duanya menggunakan isi durian asli, 100% tanpa campuran custard, air ataupun sebarang jenis tepung.

Berikut merupakan peta lokasi Pasaraya Mega Tanjung Minyak, Melaka:

Manakala berikut pula alamat dan peta lokasi Pasar Mini Mohd. Salleh di Telok Mas, No 20, Jalan Seri Emas 5, Taman Seri Telok Emas, 75460 Telok Mas, Melaka

Durian Crepe Gemencheh

Alhamdulillah, semalam, Selasa 25 haribulan Januari 2022, bersamaan 23 Jamadil Akhir 1443 Hijrah, kami telah melebarkan lagi pasaran dengan Durian crepe Gemencheh dan juga durian crepe Alor Gajah Tampin.

Produk yang kami masukkan adalah Durian Crepe Syoknya Ummi dan juga durian crepe cheese leleh SYoknya Ummi yang diletakkan di dalam freezer beku. Untuk menikmatinya, anda perlu menyahbeku terlebih dahulu untuk jangka masa antara 10 – 20 minit sebelum menikmatinya. In Shaa Allah kenikmatan isi durian sebenar akan menerjah anak tekak anda.

Bagi peminat cheese pula, sila dapatkan durian crepe cheese leleh Syoknya Ummi dengan nikmat kelazatan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata. In Shaa Allah sedap dan menyelerakan. Dengan gabungan isi durian, cream cheese dan juga parutan keju cheddar.

Oklah, admin nak sambung tugasan lain pula. In Shaa Allah kami update semula berita lain pada masa datang.

Wasalam

Durian crepe Segamat

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas izin-Nya, kami berjaya menambah stok durian crepe Segamat di beberapa cawangan pasaraya Mega di sana tempohari.

Jika sebelum ini, ketika musim durian sedang di puncak, kami tidak sempat ke Segamat dek kerana kesibukan menguruskan #DurianSyoknyaUmmi, dengan belian runcit dan juga borong durian.

In Shaa Allah menjelang awal tahun 2022, akan bermula musim durian (musim kecil) di kawasan Muar dan Tangkak , Johor. Ini berikutan bunga durian yang mula kelihatan berkembang di atas pokok.

Ok, berbalik kepada cerita durian crepe Segamat, buat masa ini, anda boleh dapatkan di pasaraya Mega Jementah, Bandar ioi dan Bukit Siput. Pastikan anda mecari di dalam freezer (peti sejuk beku), bukannya di bahagian chiller (sejuk dingin).

Sebarang permasalahan atau berminat menjadi ejen atau stokis, sila wsap kami di talian www.wasap.my/601158961229/ejen.stokis.dc

Salam hormat

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kami masih dapat berdiri dan meneruskan perjuangan di bumiNya ini. Alhamdulillah, segala cabaran serta rintangan, dapat kami tempuhi satu persatu untuk meneroka dan melangkah pergi lebih jauh.

Didaftarkan dengan nama MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) , berpusat di Tangkak Muar, Johor.

Segala cadangan atau teguran amat kami alu-alukan. Sila gunakan contact form

 

Wasalam