Durian crepe Segamat

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas izin-Nya, kami berjaya menambah stok durian crepe Segamat di beberapa cawangan pasaraya Mega di sana tempohari.

Jika sebelum ini, ketika musim durian sedang di puncak, kami tidak sempat ke Segamat dek kerana kesibukan menguruskan #DurianSyoknyaUmmi, dengan belian runcit dan juga borong durian.

In Shaa Allah menjelang awal tahun 2022, akan bermula musim durian (musim kecil) di kawasan Muar dan Tangkak , Johor. Ini berikutan bunga durian yang mula kelihatan berkembang di atas pokok.

Ok, berbalik kepada cerita durian crepe Segamat, buat masa ini, anda boleh dapatkan di pasaraya Mega Jementah, Bandar ioi dan Bukit Siput. Pastikan anda mecari di dalam freezer (peti sejuk beku), bukannya di bahagian chiller (sejuk dingin).

Sebarang permasalahan atau berminat menjadi ejen atau stokis, sila wsap kami di talian www.wasap.my/601158961229/ejen.stokis.dc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *