Alhamdulillah, semalam, Selasa 25 haribulan Januari 2022, bersamaan 23 Jamadil Akhir 1443 Hijrah, kami telah melebarkan lagi pasaran dengan Durian crepe Gemencheh dan juga durian crepe Alor Gajah Tampin.
Produk yang kami masukkan adalah Durian Crepe Syoknya Ummi dan juga durian crepe cheese leleh SYoknya Ummi yang diletakkan di dalam freezer beku. Untuk menikmatinya, anda perlu menyahbeku terlebih dahulu untuk jangka masa antara 10 – 20 minit sebelum menikmatinya. In Shaa Allah kenikmatan isi durian sebenar akan menerjah anak tekak anda.
Bagi peminat cheese pula, sila dapatkan durian crepe cheese leleh Syoknya Ummi dengan nikmat kelazatan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata. In Shaa Allah sedap dan menyelerakan. Dengan gabungan isi durian, cream cheese dan juga parutan keju cheddar.
Oklah, admin nak sambung tugasan lain pula. In Shaa Allah kami update semula berita lain pada masa datang.
Wasalam